Seluruh warga Fakulti Perubatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Ali Hydar bin Hafizi atas kejayaan merangkul Penghargaan Khas Menteri Pendidikan Tinggi.
Penghargaan tersebut telah disampaikan bersempena Anugerah Tokoh Siswa 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan, kepimpinan serta komitmen beliau dalam mengharumkan nama Universiti Malaya, sekali gus mengangkat kecemerlangan mahasiswa UM di persada kebangsaan.
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk berani melangkah lebih jauh, mencipta pencapaian yang membanggakan dan memberi impak kepada masyarakat. Terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama UM!
Sekali lagi, tahniah dan syabas, Saudara Ali Hydar! 🏆✨
Kebanggaan Fakulti Perubatan, kebanggaan Universiti Malaya.