• Welcome to Faculty of Medicine
  • fomadmin@um.edu.my
  • 03 - 7967 6686
logo
logo

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Dato Panglima Kinta Eusoff bertempat di Auditorium TJ Danaraj, Fakulti Perubatan, semalam.

Turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut adalah Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong, Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob, Pro-Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Zarinah Anwar, Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya, Datin Ragayah Dato Dr Haji Mohamad Eusoff dan Dato’ Mahood Merican.

Penubuhan Pusat Penyelidikan Dato Panglima Kinta Eusoff ini tercetus pada tahun 2019 dan satu Memorandum Perjanjian telah ditandatangani pada 26 Ogos 2019 di antara Universiti Malaya dan Datin Ragayah. Pusat penyelidikan ini bakal dijadikan satu hub yang merangkumi segala aspek berkaitan penyelidikan termasuklah pengurusan, latihan, komunikasi dan pengantarabangsaan selain pengenalan kepada mesin imbasan tiga dimensi (3D) yang juga merupakan salah satu inisiatif Jabatan Ortopedik Surgeri dalam memastikan penyelidikan berimpak tinggi dapat dihasilkan.

#ServingTheNation

#ImpactingTheWorld