• Faculty of Medicine
  • fomadmin@um.edu.my
  • 03 - 7967 6686
logo
logo

Hari Sukan Rakyat Fakulti Perubatan Tahun 2024

Dec 20, 2024
08.00 AM - 12.00 PM
Centerpoint

PENGANJURAN HARI SUKAN RAKYAT FAKULTI PERUBATAN TAHUN 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Buat julung-julung kalinya Unit Wellness Fakulti Perubatan akan menganjurkan Hari Sukan Rakyat Fakulti Perubatan Tahun 2024. Sehubungan itu, kami dengan hormatnya ingin menjemput tuan / puan untuk sama-sama memeriahkan program ini yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 20 Disember 2024 (Jumaat)
Masa      : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat  : Centrepoint, Tingkat 4, Fakulti Perubatan

3. Untuk makluman, terdapat lapan (8) acara sukan rakyat yang akan dipertandingkan. Penyertaan para peserta adalah berdasarkan kepada wakil zon di mana setiap jabatan dan unit di Fakulti Perubatan akan dibahagikan kepada empat (4) zon utama seperti berikut:

Zon 1 : [Anatomi,Anestesiologi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi Perubatan, Obstetrik & Ginekologi, Oftalmologi,Otorinolaringologi.Patologi]
Zon 2 : [Pediatrik, Perubatan, Perubatan Molekul, Parasitologi, Perubatan Rawatan Utama (RUKA), Perubatan Psikologi]
Zon 3 : [Sains Bioperubatan, Sains Kejururawatan, Surgeri, Onkologi Klinikal, Surgeri Ortopedik, Muzium Perubatan, Perubatan Pemulihan, Akademik Perubatan Kecemasan, Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan (SPM)]
Zon 4 : [Unit Kemahiran Klinikal, Central Research Laboratories (CRL), MD1, MD2, Unit Experimental Haiwan (AEU), Centuari, Research Office, E_Health, International Unit, Pejabat Dekan, Pengimejan Bioperubatan, Perubatan Sukan,MERDU]


4. Maklumat lanjut mengenai acara sukan rakyat yang dipertandingkan serta syarat penyertaan peserta adalah seperti di Lampiran A. Warga Fakulti Perubatan yang berminat untuk menyertai acara sukan rakyat ini perlu melengkapkan borang pendaftaran selewat-lewatnya pada 15 November 2024 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.

Borang Pendaftaran Peserta: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1id8oH1hKF60WHXkNyRb7b4kqZIxNrzwuJKhR1rzrcxk/edit?usp=sharing

5. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh diajukan terus kepada urusetia program iaitu:

(1) Encik Alief Muhaimin bin Asri (muhaimin92@um.edu.my;) atau 03-7967 4786
(2) Puan Nurul Zfarina Mohd Zaid (nurulzfarina.zaid@um.edu.my; atau 03-7967 7559

Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Highlights