• Welcome to Faculty of Medicine
  • fomadmin@um.edu.my
  • 03 - 7967 6686
logo
logo

SARINGAN MINDA SIHAT BAGI WARGA KAMPUS (SARINGAN KESIHATAN MENTAL UM) MELALUI EMOTIONAL WELLBEING PROFILING (EWP)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan, dalam usaha untuk memperkasa kesedaran terhadap isu-isu kesihatan mental dalam kalangan warga Universiti Malaya, Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU (DCDE) telah merangka beberapa inisiatif utama termasuklah menjalankan saringan minda sihat melalui Emotional Wellbeing Profiling(EWP)  yang telah bermula sejak tahun 2021. 

 

3. Saringan Minda Sihat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan dengan status kesihatan mental di samping menawarkan konsultasi dan intervensi kaunseling hasil saringan tersebut. Selain itu juga, saringan ini merupakan salah satu saluran untuk mewujudkan kesedaran warga kampus dalam menjaga dan meningkatkan status kesihatan emosi dan mental mereka. Implikasi hasil saringan ini juga adalah Universiti Malaya akan mempunyai satu profail yang khusus untuk kesihatan mental warga kampus.

4. Untuk makluman juga, Saringan  ini boleh didapati melalui Sistem dalam talian untuk pelajar iaitu Emotional Wellbeing Profiling System (EWP) dan dipautkan di PORTAL STUDENT, manakala bagi staf ketika ini masih menggunakan LINK GOOGLE FORM. Pihak PTM sedang membuat penambahbaikan dan kemaskini untuk sistem ini agar turut dapat diguna  oleh staf.

 

5. Justeru, pihak Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU (DCDE) memohon agar pihak YBhg Dato'/Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan dapat memastikan semua staf dan pelajar di PTj YBhg Dato'/Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan mengisi saringan ini. Langkah pengisian saringan adalah seperti dalam poster lampiran.

 

6. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Puan Maznah Azis di talian 03-79673342/3244 atau email maznah_azis@um.edu.my. Segala kerjasama daripada pihak YBhg Dato'/Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.