• Welcome to Faculty of Medicine
  • fomadmin@um.edu.my
  • 03 - 7967 6686
logo
logo

Original Link : Click Here

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto Zunnur Al Shafiq

Oleh: Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Perubahan dasar (gamechanger) membabitkan dekriminalisasi iaitu penghapusan hukuman jenayah terhadap penagihan dadah di negara ini dijangka mampu dilaksanakan sebelum berakhirnya penggal pertama pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata melalui perubahan dasar itu yang masih di peringkat permulaan, kerajaan akan melihat penagihan dadah dari perspektif penyakit yang perlu dirawat dan bukan dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, rakyat tidak seharusnya salah faham terhadap perubahan dasar itu kerana ia bukan untuk menghalalkan penagihan dadah, sebaliknya menggunakan pendekatan merawat mereka yang sengsara akibat dadah.