|
Objektif Program Tautan Hati ialah melahirkan peserta yang mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu untuk mengetengahkan pendapat kepada orang ramai ,mewujudkan perhubungan silaturrahim yang lebih erat sesama peserta program.,membantu peserta untuk membina keyakinan diri dan memantapkan lagi kemahiran berkomunikasi seiring dengan kehendak pasaran.
Pelbagai aktivti yang telah dijalankan untuk memenuhi objektif terssebut. Antaranya ialah ceramah dan sessi soal jawab bersama pensyarah dan ceramah motiasi yang terdiri daripada unsur akademik dan bukan akademik.Selain itu, aktiviti ‘Survival Race’ juga telah diadakan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang itu.
Kebaikan Program Tautan Hati ini ialah para peserta dapat mengenali persatuan ini dengan sebaiknya serta dapat merapatkan ukhwah sesama ahli batch sendiri. Di samping itu, para peserta didedahkan dengan tanggungjawab sebenar seorang doktor muslim, yang bukan sekadar merawat fizikal pesakit, malah rohani para pesakit. Penceramah juga turut menekankan pentingnya para doktor muslim memastikan para pesakit dan rakan setugas mereka tetap melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun.
|